PRK

Harga sawit RM75 satu tan zaman Dr. Mahathir jadi PM

HARGA kelapa sawit RM75 satu tan yang dibangkitkan oleh calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini pada pilihan raya kecil Tanjung Piai berlaku pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Bekas Pegawai Khas kepada mantan Menteri Kewangan, Ting Tai Fook berkata, selepas itu harga kelapa sawit tidak pernah mencecah RM270 seperti sekarang.

“Bila calon PH kata masa dulu pun pernah cecah RM75 setan, itu zaman siapa? Itu zaman Pengerusinya, Tun Dr Mahathir,” katanya dalam ceramah umum di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Andek Mori, Kukup malam tadi.

Karmaine dalam satu ceramahnya berkata orang kampung patut bersyukur dengah harga minyak sawit RM270 setan yang dianggap sebagai pendapatan yang banyak kepada mereka.

Menurut Karmaine, harga sawit rendah bukan sahaja berlaku ketika pemerintahan Pakatan Harapan tetapi juga semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Karminie mendakwa mereka yang memperbesarkan isu harga kelapa sawit rendah merupakan golongan yang taksub dengan Barisan Nasional.

“Saya pernah periksa dengan abang saya, dia pun pekebun kecil dia kata masa BN memerintah dahulu pernah sawit ini turun bawah RM100…. RM80 satu tan. Tapi tak ada orang mengadupun,” kata Karmaine. -SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button