EkonomiRencah Hidup

Rakyat Management Services raikan 500 pelajar asnaf Selangor

SERAMAI 500 pelajar asnaf di sekitar Selangor dapat memulakan sesi persekolahan dengan semangat baharu apabila menerima bantuan persiapannya.

Rakyat Management Services Sdn Bhd mengulur sumbangan berjumlah RM50,000 menerusi inisiatif Back2School 2021 walaupun negara sedang berhadapan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (Pekdis) Cawangan Selangor dengan subsudiari milik penuh Bank Rakyat itu menghulurkan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

Pelajar yang menerima sumbangan itu adalah mereka yang bersekolah di 10 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor.

“Penyerahan tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Izmi Ismail.

“Inisiatif tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan asnaf.

“Lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang terjejas sumber pendapatannya berikutan penularan wabak pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.”

Kata Pengerusi Bank Rakyat merangkap Rakyat Management Services Sdn Bhd, Datuk Abd. Rani Lebai Jaafar, dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, dari segi perbelanjaan diharapkan dapat membantu meringankan beban untuk ibu bapa pelajar asnaf menyediakan kelengkapan persekolahan bagi tahun 2021.

“Sumbangan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa golongan asnaf daripada segi perbelanjaan kelengkapan persekolahan anak-anak sempena sesi persekolahan tahun 2021,” katanya.

Untuk makluman, sesi persekolahan pada tahun ini dimulakan dengan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

Pelaksanaan kaedah tersebut berikutan penularan wabak pandemik yang terus meningkat sehingga memaksa sekolah ditutup kecuali kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.

Mereka yang akan menduduki peperiksaan utama pula dibenarkan hadir ke sekolah untuk belajar secara bersemuka sehinggalah peperiksaan bermula pada Februari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button