Rakyat lega jaminan Kerajaan perkasa Sekuriti Makanan
TIADA sesiapapun ingin hidup di dalam kelaparan.
Jadi makanan memang menjadi keperluan utama bagi meneruskan kehidupan seharian.
Tidak dapat dinafikan, kalangan rakyat juga sudah mulai bimbang jika krisis makanan akan menular ke negara ini.
Bagaimanapun kebimbangan ini menjadi reda apabila dalam Bajet 2023 baru-baru ini mengusulkan akan terus memperkasa sekuriti makanan negara.
Pemerkasaan ini dijangka akan meningkatkan pengeluaran makanan di dalam negara sekaligus mengurangkan jumlah import.
“Inilah yang ditunggu khususnya untuk saya yang mempunyai dua anak lelaki yang meningkat remaja dan suami yang kini sakit sehingga terpaksa berkerusi roda yang mana memerlukan makanan yang sihat,” kata Zainab Saad, 57, seorang suri rumah dari Taman Wai Permai, Kuala Perlis.
Beliau mengakui sekalipun dia tergolong dalam kumpulan B40 tetapi dia mesti menjaga pemakanan yang sihat untuk sekeluarga dan dalam masa yang bekalan makanan mudah diperoleh.
“Semoga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat merealisasikan harapan yang ditunggu rakyat,” katanya.
Zainab berkata, dengan saluran bantuan kerajaan dari pelbagai sudut pastinya negara akan mampu memastikan sekuriti makanan di negara ini terjamin.
Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana dengan adanya inisiatif Jualan Murah Keluarga Malaysia sangat membantu di saat rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan secara mendadak.
Bagi peniaga, Mohd Arizal Arif, 35, beliau juga berpuas hati dengan halatuju kerajaan bagi meningkatkan sekuriti makanan pada Bajet 2023.
“Penglibatan agensi seperti Felda dan Risda bagi yang memanfaatkan tanah terbiar dengan tanaman makanan adalah wajar,” katanya yang mengusahakan gerai jualan kuih RM2.
Katanya, dengan pembiayaan dana untuk agro makanan dilihat sangat berkesan bagi meningkatkan pengeluaran makanan bagi keperluan rakyat.
Sekaligus kata Mohd Rafizal, rakyat termasuk beliau tidak perlu bimbang berlaku krisis makanan.
Beliau yakin dengqn kepimpinan Ismail Sabri akan memastikan sekuriti makanan di negara ini terjamin.
Katanya, dalam masa yang sama negara tidak lagi perlu bergantung kepada pengimpotqn makanan kerana ia telah mencukupi untuk menampung keperluan rakyat. – SM