Nasional

Rakyat Kembali Boleh Solat Subuh Berjemaah Rapat-Rapat Bermula 1 April 2022

Berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya yang selama ini asyik melalak sampai bila solat nak kena ada penjarakan sosial, kenapa nak masuk solat di masjid pun terhad dan sebagainya.

Kali ini doa anda semua termakbul dan bukan sekadar boleh solat Jumaat rapat-rapat, solat Subuh secara berjemaah pun dibenarkan tanpa kompromi demi kesejahteraan keluarga Malaysia.

Namun demikian, setelah berita kebebasan itu diumumkan, rakyat Malaysia yang suka menyalak dan persoalkan itu dan ini tiba-tiba mendiamkan diri tanpa mengucapkan ‘Alhamdulillah’ sekali pun.

Maka kasihan kepada pak imam dan pak bilal serta AJK masjid yang tetap akan menunggu orang penuhi masjid atau surau seawal solat Subuh, ia tetap akan jadi mimpi kerana orang kita banyak alasan!

Related Articles
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button