Politik

Rakyat Mahukan Negeri Ini Diurus Tadbir Orang Yang Tak Gila Kuasa – Nur Faizal

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N47 Kempas, Nur Faizal Abdullah berkongsi cerita rakyat Johor mahukan kestabilan politik.

Dalam erti lain, rakyat mahu negeri Johor ditadbir urus orang yang tidak gila kuasa semasa memegang jawatan yang diamanahkan.

Sehubungan itu Nur Faizal menyebut kepada para pengundi yang ditemuinya jika mahukan kestabilan, nombor tujuh adalah pilihan.

Meninjau Facebook Nur Faizal, calon itu sempat meluangkan masa bersama ‘geng songkok tinggi’ di bawah satu bendera PN.

Nur Faizal turut menerima kehadiran Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha yang meluangkan masa dalam program santai anak muda di Kempas Mart.

Kata Nur Faizal, kebanyakan anak muda di situ adalah pengundi kali pertama dan Nur Faizal suka tekankan jika mahukan kestabilan, nombor tujuh adalah pilihan.

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button