BeritaPolitik

Rakyat kais pagi makan pagi, wakil rakyat dibayar pencen berganda

BUKAN anti dengan wakil rakyat atau orang yang kaya, tetapi telah sekian lama menunggu jika terdapat mana-mana pihak yang cukup berani untuk membangkitkan isu pencen wakil rakyat yang berganda.

Akhirnya seorang aktivis masyarakat Noor Hasni Saad telah mengutarakan cadangan itu supaya skim pencen bagi wakil rakyat bagi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Exco Kerajaan Negeri maupun jawatan lebih tinggi harus dikaji semula.

Ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meminimumkan kos dan perbelanjaan sepertimana yang sering diperkatakan sejak Pakatan Harapan menerajui kepimpinan selepas memenangi pilihan raya umum yang lalu.

Demikian disarankan oleh aktivis masyarakat Noor Hasni Saad ketika ditemui di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, dipetik sebuah portal Malaysia Dateline.

Cadangan itu walaupun datang seorang aktivis dan juga bekas anggota tentera tetapi ia tepat pada waktunya sejajar dengan langkah kerajaan berjimat cermat ketika kantung negara makin menyusut.

Noor Hasni Saad

Noor Hasni berkata, pencen melampau yang diterima oleh wakil rakyat adalah tidak wajar kerana ia sudah melebihi apa yang diperolehi oleh penjawat awam yang berkhidmat puluhan tahun sebelum pencen.

Dalam keadaan rakyat masih ramai yang `kais pagi makan pagi’ adalah tidak adil apabila wakil rakyat hidup bermewah dengan pencen yang berganda apabila menjadi ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri dan begitu juga mereka yang memegang jawatan exco, menteri dan sebagainya.

Majoriti dari wakil rakyat yang hanya berkhidmat dalam tempoh yang singkat sepenggal sudah boleh menikmati pencen yang begitu lumayan berbanding penjawat awam biasa yang terpaksa bekerja tempoh yang panjang untuk menikmati pencen yang penuh.

Sekiranya wakil rakyat tersebut adalah Ahli Parlimen dan juga Adun sudah pasti ia akan menerima pencen bagi kedua-dua jawatan beliau selepas tamat sepenggal berkhidmat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button