Berita

Raja Puan Muda Perlis saran golongan wanita tingkat taraf hidup melalui pertanian

Golongan wanita di Malaysia diharap terus dikurniakan keazaman yang jitu untuk bersama-sama meningkatkan taraf dan kualiti hidup diri dan masyarakat menerusi penglibatan dalam bidang pertanian.

Galakan penyertaan daripada golongan wanita perlu terus ditambahbaik bagi memastikan persekitaran bidang pertanian yang lebih inklusif dan berdaya maju. Kepesatan perkembangan teknologi juga harus dijadikan sebagai panduan. Pemodenan pertanian merupakan pemangkin yang amat penting dalam menyokong hasrat negara ke arah mengukuhkan keupayaan tahap sara diri negara di masa hadapan. Pengaplikasian teknologi harus dimanfaatkan agar lebih ramai golongan wanita juga akan menaruh minat untuk berkecimpung dalam bidang ini.

Demikian dititahkan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pengerusi YTF ketika berkenan menyempurnakan perasmian penutupan ”Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF): Women In Search Of Excellence (W.I.S.E.) Siri Ke-9 bertajuk ”Agropreneur Wanita : Saksama Bersama Menjamin Sekuriti Makanan Negara” yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan YTF pada petang semalam.

Terdahulu daripada itu sesi Forum 2 di sebelah petang disampaikan oleh Puan Nuramiza Amirrudin (usahawan FAMA), Puan Suhana Saadan (usahawan MARDI) dan Puan Rosnita Yusof (usahawan DOF) dengan tajuk ‘Penglibatan Wanita Dalam Keusahawanan Berasaskan Bidang Agromakanan’.

Sesi perkongsian terakhir pula dikongsikan pemain industri Puan Norafizah Shiak Abd Rahman (COO MYNIC Berhad) dengan tajuk: Peluang dan amalan terbaik pemasaran digital serta Puan Sharifah Zahidah Syed Nooh (usahawan LPNM) menyentuh tentang ‘Potensi penerokaan bidang agromakanan terkini dan masa depan’

Ucaptama disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan, Dato’ Haslina Abdul Hamid manakala webinar tersebut dirasmikan pembukaan pada sebelah paginya oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button