Ekonomi

Raja Perlis terima sembah taklimat NCER Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah taklimat berkaitan ‘Pelan Pembangunan Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2021-2025 Bagi Negeri Perlis’ yang diadakan di Galeri DiRaja Arau pada semalam.

Taklimat dipersembahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Berangkat sama hadir ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Selain berusaha menarik dan merealisasikan pelaburan swasta serta melaksanakan projek fizikal di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping dan Pelabuhan Darat Perlis, pihak NCIA juga membangunkan modal insan dan usahawan tempatan. Antara inisiatif yang dilaksanakannya adalah program ‘Kasih Ibu NCER’, ‘emPOWeRNCER Akademik’, ‘enTRePReNeURNCER’, ‘DUB@NCER Dana Usahawan Bumiputra’, ‘emPOWeRNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan’, Program Peningkatan Bakat NTEP@NCER’, ‘JomNiaGa@NCER’, serta JomKeRJa@ NCER’.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button