Rencah Hidup

Orkid Dendrobium Raja Perempuan Fauziah diperkenalkan

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan orkid hibrid baharu yang diberi nama sebagai ‘’Dendrobium Raja Perempuan Fauziah’ bagi mengabadikan nama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Pelancaran penamaan tersebut disempurnakan sendiri oleh Tuanku Raja Perempuan Perlis di Dewan Bakawali Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia Kangar pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.

Turut berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi anakanda-anakanda baginda berdua, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Puteri Sharifah Farah Adriana.

Dalam ucapan beliau, Datuk Haslina memaklumkan bahawa orkid hibrid baru itu sangat istimewa dan mempunyai keunikan tersendiri, hasil penyelidikan selama empat tahun lapan bulan oleh pihak MARDI.

Menurut beliau, ‘Istimewanya bunga orkid ini adalah hibridnya terhasil daripada kacukan antara Dendrobium King Dragon yang merupakan hibrid koleksi pengemar orkid dengan Dendrobium Hiang Beauty yang ditanam untuk pengeluaran bunga keratan’.

Sifat fizikal orkid ini mempunyai bunga yang banyak sehingga 5 hingga 9 kuntum dan boleh bertahan sehingga satu setengah bulan pada pokok selain mempunyai bentuk bunga yang unik yang mampu menarik minat para pengemar orkid eksklusif.

Kelahiran orkid ini juga dapat menambah lagi kepelbagaian orkid dalam industri florikultur negara yang amat berpotensi dalam menyumbangkan peningkatan kepada ekonomi negara.

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button