Raja Perlis terima sembah mengadap PM di Hospital Putrajaya
RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima kunjungan sembah
mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Putrajaya, petang semalam.
Hadir sama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut berada disisi Tuanku Syed Sirajuddin yang telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan pada 1 April lalu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Anwar dan Wan Azizah mempersembahkan ucapan selamat kepada Raja Perlis dan berharap agar Baginda dikurniakan kesembuhan segera.
Perdana Menteri dan isteri yang tiba pada pukul 1.30 petang itu berada bersama Baginda dan Raja Perempuan sehingga pukul 2.15 petang di hospital berkenaan. – SM
BACA Yang di-Pertuan Agong lawat Raja Perlis
BACA Pemangku Raja Perlis menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat jelata