Acara

Raja Perlis terima mengadap TYT Pulau Pinang

KANGAR 23 Ogos – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima mengadap oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak di Kangar.

Turut mengiringi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang adalah isterinya, Toh Puan Datuk Seri Utama Khadijah Mohd Nor.

Sesi mengadap ini adalah bertujuan untuk menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin yang telah menjalani pembedahan kaki kanan pada penghujung bulan Mei yang lalu.

Sempena kunjungan separuh hari beliau di Perlis,
Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi dan deligasi dari Pulau Pinang itu turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai, Kuala Perlis pada sebelah petangnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button