Raja Perlis terima mengadap Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di Galeri DiRaja Arau, Perlis.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Badrul Hisham Mohamad dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Datuk Dr. Mohammad Zabawi Abdul Ghani.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkembangan berkaitan bidang pertanian dan industri makanan Malaysia dibincangkan serta potensi dan peluang-peluang berkaitan pertanian yang ada khususnya di negeri Perlis.
Industri Pertanian dan Makanan menjadi perkara yang perlu diberikan penekanan terutama sekali memandangkan situasi penularan pandemik Covid-19 yang mungkin menjejaskan pendapatan dan sumber makanan rakyat dan memastikan bekalan makanan negara terpelihara.