Uncategorized

Pak Wan anggap berita Perdana Menteri letak jawatan sebagai karut, spekulatif

Desas-desus mengenai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menandatangani surat peletakan jawatan adalah tidak benar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Laporan Sinar Harian Premium memetik Ahli Parlimen Alor Gajah itu sebagai berkata, desas-desus Perdana Menteri dijangka meletakkan jawatan pada petang Sabtu selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama menteri dan timbalan menteri juga tidak benar.
Jelasnya lagi, khabar angin itu langsung tidak betul, dan bersifat spekulatif.
“Mana ada PM letak jawatan hari ini. Dakwaan ada mesyuarat kabinet tergempar petang ini pun tidak betul kerana saya masih berada di rumah bersama keluarga.
“Yang saya tahu, hanya notis jemputan menghadiri mesyuarat MPT Bersatu sahaja yang saya terima di mana mesyuarat itu akan diadakan pada esok pagi (Ahad),” katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, Perdana Menteri juga tidak pernah mengarahkan Jemaah Menteri menghadiri satu mesyuarat Kabinet tergempar diadakan pada petang Sabtu, seperti yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.
Tambahnya lagi, beliau sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya menerima notis jemputan menghadiri mesyuarat parti pada pagi Ahad.
Mohd Redzuan berkata, sekiranya Muhyiddin benar-benar mahu meletak jawatan, beliau perlu memaklumkan perkara itu dalam mesyuarat parti terlebih dahulu, sebelum memanjangkan perbincangan mengenai isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet.
(Visited 675 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button