Acara

Raja Perlis berkenan terima mengadap Yang Di-Pertuan Muda Terengganu

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima mengadap oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin di Kangar.

Ketika di Perlis dalam kunjungan sehari suntuk ini Tuanku Tengku Muhammad Ismail turut berangkat menyaksikan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2024, melibatkan perlawanan di antara pasukan Terengganu melawan Perlis di Padang B, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Yang Di-Pertuan Muda Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada sebelah malamnya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button