NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda berkenan hadir Dondang Sayang Soireé

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri “Penang Exchange 2022 : ‘Dondang Sayang Soireé” yang diadakan di Pinang Peranakan Mansion, Georgetown, Pulau Pinang, malam tadi.

Keberangkatan tetamu DiRaja ini disambut oleh Presiden Pertubuhan Kraf Malaysia yang juga dikenali sebagai Malaysia Craft Council (MCC), Nik Faiz Nik M. Amin dan Pengarah Tourism Malaysia (Wilayah Utara), Shahrul Amal Sabil Ahmad.

Berangkat sama anakanda-anakanda Baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana.

Tujuh pengiat kraf hebat di Pulau Pinang telah menerima anugerah berupa trofi dan sijil yang dikurniakan oleh Raja Muda dan Raja Puan Muda.

Mereka terdiri Haja Mohidien Mohd Sharif (Songkok), Tong Poh Keng @ Mdm Lilian Tong (Kasut Manik), Anuar Sha’ari (Replika Feri), Dr Shamsu Mohamad (Pasu Hiasan dan Bekas Lilin), Khairiyah Ghazali (Kebaya Nyonya dan Sarung Bantal), Lee Tiek Chye (Ukiran Papan Tanda Tradisional) dan Che Mat Jusoh (Pembuat/Pemain Alat Muzik).

Para jemputan wanita hadir mengenakan pakaian tradisional peranakan dengan majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan berupa ‘Tarian Dondang Sayang’.

Para tetamu dihiburkan dengan persembahan oleh selebriti Arja Lee dan Farhan Azizan serta pengacara dan pelawak popular kelahiran Perlis iaitu ‘Dee’.

Juga diadakan pertunjukan fesyen istimewa “Koleksi Khatreena” oleh Sharifah Khatreena Nuraniah sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini.

MCC selaku penganjur program ini buat julung kalinya melebarkan sayap dengan menganjurkan program Penang Exchange 2022 dengan lebih berskala besar dan menyasar golongan artisan yang terkesan dari pandemik Covid-19.

Menurut Nik Faiz, ekoran
sambutan menggalakkan pada penganjuran di Kelantan dua tahun lalu melalui ‘Kelantan Exchange 2020 & 2021’ telah menyakinkan pihaknya untuk menjadikan program ini sebagai satu produk tahunan eksklusif dari MCC.

Beliau berkata, sekaligus ia dapat mengetengahkan para artisan untuk terus berkarya dan mempromosikan hasil kraf serta seni kebudayaan ke peringkat antarabangsa dengan pakej yang lebih inklusif.

Katanya, konsep ini diharap akan dapat memberi nafas baru dan sokongan padu kepada golongan artisan untuk terus memperkasa, memelihara dan mengetengahkan khazanah seni, kraf dan budaya negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button