Nasional

Mengendap satu kesalahan janayah di bawah Kanun Keseksaan

DEWAN Rakyat telah meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, yang menjadikan tindakan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah.

Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 diluluskan sebulat suara selepas dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, kedua-dua RUU berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 membabitkan peruntukan berhubung kesalahan menghendap atau stalking.

Sementara RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 membabitkan peruntukan perlindungan kepada mangsa berhubung perlakuan kesalahan berkenaan. – SM

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button