Nasional

Raja Muda Perlis titah mereka yang pulang untuk suntikan vaksin supaya tidak pulang berjumpa keluarga

‘Bagi rakyat Perlis yang pulang dari luar hanya untuk mendapatkan suntikan vaksin, ketua setiap keluarga di sini dimohon untuk memastikan agar mereka tidak pulang ke rumah berjumpa keluarga tersayang yang lain. Sebaliknya jika perlu bermalam tinggallah di rumah inap atau hotel yang dibenarkan beroperasi berdekatan serta patuh pada SOP ditetapkan demi untuk keselamatan semua pihak secara bersama’.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Pada kesempatan yang sama baginda mengingatkan kepada semua rakyat supaya patuh kepada SOP secara menyeluruh dan sentiasa kekal berada di rumah masing-masing dengan mengurangkan pergerakan, selain menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan sepanjang tempoh ‘lock down’ ini.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, antara polisi ‘KEKAL DI RUMAH, SIFAR TETAMU atau ‘STAY AT HOME, ZERO VISITOR’ yang wajar dipraktikkan ialah dengan mengoptimakan pembelian keperluan rumah secara atas talian. Hanya ke pasar atau kedai-kedai membeli-belah selang beberapa hari sekali, malah jika boleh seminggu sekali adalah lebih baik dengan menyenaraikan serta membawa senarai keperluan untuk dicari secara terperinci supaya lebih pantas dapat menyelesaikan segala apa yang hendak dibeli.

Langkah-langkah sebegini jika berjaya dilaksanakan akan mampu membuktikan bahawa rakyat Perlis adalah bermentaliti kelas pertama dalam tindakan dan prihatin dalam erti kata yang sebenarnya dalam sama-sama menangani dan membasmi isu Covid-19 yang melanda negara dan dunia ini.

‘Penjagaan khusus hendaklah diberikan kepada ahli keluarga dalam kalangan warga emas dan berpenyakit kronik kerana golongan ini boleh mendapat komplikasi teruk jika dijangkiti Covid-19’, tegas peringatan Tuanku Raja Muda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button