Ekonomi

Raja Muda Perlis titah lipat ganda usaha tingkat pendapatan golongan berpendapatan rendah

Taraf hidup rakyat ke arah kehidupan yang lebih baik terutamanya pada kumpulan isi rumah yang berpendapatan rendah hendaklah sentiasa dipertingkatkan melalui bantuan serta bimbingan semua pihak.

Pelbagai inisiatif dan usaha hendaklah dilaksanakan bagi membolehkan kumpulan sasar ini mampu terus keluar dari kepompong kemiskinan seperti program kemahiran, keusahawanan dan juga pembangunan modal insan.

Program-program ‘Empowerment’ bagi membantu golongan B40 yang berpotensi dan juga mempunyai minat hendaklah terus dilipatgandakan khususnya melalui latihan-latihan kemahiran dan keusahawanan bagi memberikan peluang kepada mereka untuk mengasah kemahiran dalam bidang teknikal serta membantu usahawan yang terlibat mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

Bantuan-bantuan kewangan dan latihan yang berimpak juga diharap dapat menjadi pemangkin untuk mereka berusaha memperbaiki taraf hidup, keluar dari belenggu kemiskinan dan seterusnya bebas dari bantuan kewangan pihak lain di masa hadapan.

Selain golongan B40 dan M40 sedia ada, sudah pasti yang perlu diberikan perhatian adalah golongan asnaf yang terkesan terhadap suasana pandemik semasa.

Related Articles

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas memperkenankan untuk pihak MAIPs menyahut secara positif pelawaan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Suriani binti Datuk Ahmad dalam menjayakan salah satu program keusahawanan asnaf kementeriannya yang dilaksanakan melalui pihak SME Bank dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Dalam hubungan ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan bahawa pihak MAIPs berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif dan program ke arah menjayakan latihan kemahiran dan peningkatan kompetensi golongan asnaf di negeri ini sebagai langkah persediaan untuk memenuhi pasaran pekerjaan yang tersedia.

Tambah beliau, ‘Terkini, pihak Majlis melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) sedang memberikan tumpuan kepada pelaksanaan program-program keusahawanan bagi para asnaf terpilih untuk menghadapi pasca penularan pandemik Covid-19.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button