Nasional

6 lokaliti dikenakan PKPD, 11 ditamatkan

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan ke atas enam lokaliti bermula berikutan pertambahan kes jangkitan virus Covid-19 di kawasan terbabit.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, empat lokaliti membabitkan kawasan di negeri Sabah dan dua lagi lokaliti terletak di Kuala Lumpur.

Di Sabah, dua lokaliti membabitkan Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih di Tawau, Sabah.

Sebanyak 12 kes positif di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut selepas 31 individu disaring manakala di Kampung Baru Pasir Putih sebanyak 50 ujian saringan dilakukan dan 10 daripadanya dilaporkan positif COVID-19.

Sementara dua lagi lokaliti membabitkan Lorong 12, 15 dan 16 Taman Fajar serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni di Sandakan, Sabah.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat apabila 17 kes positif telah direkodkan di Lorong 12, 15 dan 16 Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringan.

“Manakala di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, 42 orang disaring dan 15 disahkan positif COVID-19,” katanya.

Kesemua lokaliti terbabit akan dikenakan PKPD bermula 11.59 malam  27 Jun hingga 10 Julai.

Dua lagi lokaliti terletak di Kampung Segambut Dalam, Segambut dan Jalan Kubur, Pantai Dalam. Terdapat peningkatan ketara kes positif COVID-19 dalam masa yang singkat apabila sebanyak 78 kes positif direkodkan daripada 646 saringan di Kg. Segambut, Segambut.

Di Jalan Kubur, Pantai Dalam sebanyak 53 kes positif dilaporkan hasil ujian saringan ke atas 79 orang. Kedua-dua lokaliti ini dikenakan PKPD bermula 11.59 malam esok sehingga 9 Julai.

Dalam pada itu PKPD di lapan lokaliti ditamatkan 12 tengah malam esok membabitkan Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada, Kuala Terengganu, Terengganu; Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Turut ditamatkan Taman Villa Felca Nambazan di Penampang; Kampung Kadazan di Tawau; Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai di Kota Kinabalu, Sabah.

Tiga lokaliti ditamatkan awal iaitu Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu dam Taman Telipok Jaya, Tuaran, Sabah yang sepatutnya tamat pada 28 Jun serta Kampung Skim Cocos, Kunak, Sabah yang sepatutnya tamat pada 29 Jun. PKPD di tiga lokaliti itu ditamatkan 11.59 malam esok.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 696 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam. Daripada jumlah itu seramai 671 individu dikompaun manakala 25 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah Rrentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis (163), tidak memakai pelitup muka (156), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (118), tiada penjarakan fizikal (107).

Turut dikenakan tindakan kerana tidak patuh arahan kawalan pergerakan (58), membawa penumpang berlebihan (36), premis gagal patuhi arahan (13) dan lain-lain (45).-SM

 

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button