Raja Muda Perlis seru masyarakat Perlis supaya cekal dengan apa diusahakan
Masyarakat di Perlis mestilah sentiasa menerapkan semangat Berusaha Tanpa Mengalah dalam apa bidang sekalipun yang diceburi.
Jangan terlalu mudah mengeluh sehingga berjaya mencapai impiannya.
Juga, bekerja keraslah dan menganggap rutin seharian adalah tugasan harus dilaksanakan untuk mendapatkan hasil atau keputusan yang cemerlang dengan penuh kesabaran demi kemajuan diri sendiri.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Zainol Talib, 66 tahun yang kurang sihat dan merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ di Kg Belukar baru-baru ini.
Turut hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Nohd Nazim Mohd Noor.
Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs menasihatkan rakyat supaya pintar dalam mengatur waktu, berperanan dalam rumah tangga, pendidikan serta fokus dalam dunia profesional. Jangan mensia-siakan setiap waktu yang dimiliki untuk terus produktif.