Nasional

‘Pemergian Tengku Ahmad Rithauddeen kehilangan besar buat negara’ – PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, bekas Menteri Pertahanan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Dalam satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan tetapi juga veteran UMNO yang sangat dihormati.

Jelasnya, dalam arena politik, Allahyarham yang dikenali sebagai Ku Deen, pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Ismail Sabri turut akui pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun, di kediamannya di Jalan Duta pada 8.43 malam, Jumaat akibat sakit tua.

Anak Allahyarham, Tengku Farith berkata bapanya mengalami strok dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan discaj.

 

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button