Nasional

Raja Muda Perlis seru masyarakat amalkan sikap tepati masa

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru kepada semua agar mengamalkan sikap menepati masa dalam semua aspek baik kerjaya, pelajaran mahupun kehidupan seharian biasa sepertimana dapat dilihat di negara Switzerland dan Jepun agar negara kita terus maju.

Kepentingan menepati masa juga amat dititikberatkan dalam Islam sepertimana firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud ‘demi masa’.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30
orang asnaf terpilih yang mana masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Al Istiqomah, Kg Telok Jambu dekat Kangar untuk diagihkan oleh amilnya, Yunus Kasa.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Raja Muda, ‘Setiap negara atau bangsa juga mempunyai pepatah tersendiri yang menggambarkan nilai masa kepada mereka sebagai contoh pepatah Melayu mengatakan ‘masa itu emas’, frasa dalam bahasa Inggeris berbunyi ‘time is money’ manakala di Jepun terdapat peribahasa berbunyi ‘toki wa kane yori’ yang bermaksud masa itu lebih berharga daripada emas’.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button