Nasional

Raja Muda Perlis nasihat masyarakat jaga kesihatan mata

Masyarakat dinasihatkan supaya marilah bersama-sama menjaga kesihatan mata masing-masing. Ini adalah kerana sebarang

gangguan penglihatan dan kebutaan memberi kesan dan impak yang besar pada semua aspek kehidupan, termasuk aktiviti seharian, interaksi dengan masyarakat, persekolahan, peluang kerjaya dan kemampuan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi meraikan ‘Hari Penglihatan Sedunia’ atau ‘World Sight Day’ yang merupakan hari peringatan tahunan yang diadakan pada hari khamis kedua bulan Oktober dan sudah disambut selama 31 tahun.

Berdasarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tema sambutan pada 14 Oktober 2021 tahun ini adalah ‘Cintai Matamu’ atau ‘Love Your Eyes’. Tema ini menekankan kepentingan kesedaran tentang penjagaan penglihatan dan kesihatan mata oleh kita semua.

Aktiviti tersebut disekalikan dengan penyerahan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al Mukminin, Kg Kota Kayang iaitu Sarjan Mejar (Bersara) Amran Anjang Mat Desa yang menerima bagi pihak seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs di perkarangan Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis. Jumlah penuh diserahkan oleh baginda ialah RM21,000 dan setiap penerima akan diagihkan sebanyak RM700.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara global, sekurang-kurangnya 1 bilion orang mengalami gangguan penglihatan jarak dekat atau jauh yang dapat dicegah atau boleh ditangani.

Menurut Sirajuddin, gangguan penglihatan melibatkan semua peringkat umur, dengan majoriti adalah mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Di Malaysia, penyakit kanta mata atau katarak merupakan penyebab utama kebutaaan diikuti oleh komplikasi akibat penyakit diabetis. Antara penyebab lain adalah keadaan semulajadi ketika lahir yang menyebabkan kerosakan pada saraf mata, penyakit genetik, proses penuaan, ketumbuhan atau kanser, jangkitan atau kecederaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button