Agama

Raja Muda Perlis melancarkan kempen ‘Nihayatul-am’

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan kempen ‘Nihayatul-am’ yang menggalakkan masyarakat menunaikan ibadah zakat, wakaf dan sedekah menjelang akhir tahun 2021 ini di Masjid Al Saadah, Santan Baroh pagi tadi .

Titah baginda, “Orang ramai diseru untuk menunaikan ibadah zakat dan wakaf, serta memberikan sumbangan untuk menyucikan harta tidak patuh syariah dengan menyalurkannya kepada Tabung Bara’atuz-Zimmah (t-BAZ) yang diuruskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)”.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang hadir mengiringi baginda menyatakan bahawa zakat dari sudut bahasa ialah bersih, suci, bertambah dan berkembang selain membawa kepada istilah syarak iaitu mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat yang tertentu.

Menurut beliau, ‘Kita hendaklah melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas nikmat harta dan kekayaan yang dikurniakan kepada kita dengan cara menunaikan zakat apabila sesuatu yang hendak dizakatkan itu telah sempurna haul dan nisabnya’.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kutipan zakat, wakaf dan sedekah, masyarakat boleh melayari www.maips.gov.my.

Sempena program tersebut Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah
masjid tersebut untuk diagihkan oleh amilnya, Rozali Hashim.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button