Nasional

Raja Muda Perlis kongsi tips elak bencana

Antara ‘Tips Pra Kebakaran’ yang harus dipraktikkan oleh anggota masyarakat ialah dengan melakukan pemeriksaan berkala ke atas wayar elektrik dan juga memeriksa peralatan elektrik yang digunakan di rumah atau tempat kerja masing-masing. Berikanlah perhatian kepada peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas.

Sementara itu ‘Tips Pasca Banjir’ pula ialah periksa keselamatan saluran gas, wayar dan peralatan elektrik yang tenggelam, periksa barang-barang yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk ke dalam rumah dan buang semua makanan di dalam peti sejuk sekiranya bekalan elektrik terputus melebihi 12 jam. Pada masa yang sama, hubungilah pihak TNB untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum suis utama elektrik diaktifkan semula.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Pengurus Besar Negeri, State Stakeholders Affairs (Perlis/Kedah/Pulau Pinang) Bahagian Regulatory & Stakeholder Management TNB, Azmi Md Yusof di PPJ Al-Abrar MAIPs di Kg Kubang Gajah dekat Arau.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Retail Negeri (Perlis) SME & Residential, Bahagian Retail TNB, Azian Alias.

Sementara itu, Azmi pula menerangkan bahawa bermula dari pertengahan tahun 2020, pihak TNB telah membuat perstrukturan semula beberapa bahagian di dalam bisnes teras organisasi bagi menyediakan syarikat ke arah perniagaan bekalan elektrik yang lebih terbuka di masa akan datang. Di antaranya adalah dengan mewujudkan Jabatan “State Stakeholder Affairs (SSA)” yang diberi tanggungjawab untuk menjaga orang berkepentingan (stakeholders) di setiap negeri.

Tambah beliau lagi, ‘Setakat Januari 2021 Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis telah merekodkan sebanyak 87,825 pengguna elektrik berdaftar. Di samping berperanan sebagai syarikat yang memberikan perkhidmatan pembekalan elektrik, TNB juga telah mewujudkan beberapa program Tanggungjawab Sosial Korporat yang kini menjadi salah satu peranan Jabatan SSA syarikatnya. Ianya sejajar dengan saranan kerajaan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), membantu kerajaan membaik pulih atau membina baharu atau membiayai pembelian rumah-rumah golongan yang memerlukan, agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa melalui program-program Projek Baiti Jannati (PBJ) dan juga Projek Mesra Rakyat (PMR).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button