Banjir

Raja Muda Perlis berangkat santuni mangsa banjir

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyantuni mangsa-mangsa bencana banjir di kawasan Kangar pada petang tadi.

Keberangkatan Baginda ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sena (SK Sena) Kangar disambut oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Haji Ku Chik Ku Mat Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Sebanyak 14 buah keluarga mangsa banjir yang masih mendiami PPS SK Sena menerima sumbangan ‘MAIPs Peduli’ yang disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs.

Ketika berangkat menyantuni, Tuanku Raja Muda menzahirkan ucapan takziah atas ujian dan musibah yang menimpa dan berharap agar para mangsa mengambil langkah serta tindakan perlu sepanjang menghadapi musim bencana ini.

“Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar memastikan tindakan mengurangkan risiko banjir seperti meletakkan peralatan elektrik di tempat tinggi, menyimpan dokumen penting di kawasan selamat dan memastikan pepasangan elektrik di rumah dalam keadaan tidak berbahaya,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button