NegeriRencah Hidup

Raja Muda lancar Produk Kraftangan Identiti Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Produk Kraftangan Identiti Perlis di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mencuba cara membuat Wau Sobek dengan dibantu Samad Man. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Keberangkatan Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam lawatan ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis telah disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Anuar, Exco Pelancongan Negeri, Wan Badariah Wan Saad dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli.

Produk Kraf Identiti Perlis yang dilancarkan oleh Raja Muda itu terdiri dari kraf tekstil, hasil rimba, hasil logam dan juga hasil tanah. Aneka kraf ini menggunakan motif inspirasi pokok harumanis dan juga pokok jati.

Selain itu, produk kraf tersebut juga mengenegahkan skema warna bendera Perlis iaitu kuning dan biru.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat demonstrasi membuat Batik Tanah Liat dan Batik Linut semasa lawatan ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, semalam. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Baginda berdua juga berkenan menyaksikan Demonstrasi Kraf Batik Tanah Liat dan Batik Linut.

Batik ini merupakan hasil kajian bahan penggantian halangan warna berasaskan tanah liat dan linut.

Hasil inovasi ini telah diperkenalkan kepada usahawan dan komuniti kraf baharu dalam menghasilkan kraf batik altenatif.

Pinggan mangkuk dengan bermotifkan bunga harumanis antara Produk Kraftangan Identiti Perlis yang dilancarkan di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, semalam.

Selain itu, Baginda berdua juga berkenan menyaksikan Demonstrasi Kraf Wau Sobek oleh Samad Man yang merupakan Adiguru Kraf. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button