KesihatanNasionalNegeri

Raja Muda lancar Perkhidmatan Fisioterapi Terahertz Berteknologi Tinggi

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran Perkhidmatan Fisioterapi Terahertz Berteknologi Tinggi di Dewan Rumah Seri Kenangan, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Kampung Jejawi Utan Buluh, Jejawi dekat Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa; dan Pengerusi MePro International Sdn Bhd, Chai Kok Leong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan peralatan Fisioterapi Terahertz Berteknologi Tinggi kepada salah seorang penerima dari PAWE Jejawi.

Turut hadir Penaung Pertubuhan Kebajikan Amal Malaysia Sejati (PKAMS), Tunku Rizal Shah Tunku Muszaffar Shah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Jejawi, Saadiah Habil.

Program ini dianjurkan oleh YTSP Perlis dengan kerjasama JKM Perlis, Majlis Kebajikan Masyarakat (MKM) Perlis, PAWE, Jejawi, Pertubuhan Kebajikan Amal Malaysia Sejati (PKAMS) dan MePro International Sdn Bhd.

PAWE merupakan pusat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan peralatan Fisioterapi Terahertz Berteknologi Tinggi kepada salah seorang penerima dari PAWE Jejawi.

Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial ‘reaching out’ dan pembangunan ‘developmental’ kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi-agensi yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan pelancaran Perkhidmatan Fisioterapi Terahertz Berteknologi Tinggi sumbangan dari MePro International Sdn Bhd kepada 10 penerima dari PAWE Jejawi.

Sebelum itu, Baginda dan para tetamu telah dipersembahkan taklimat oleh Naib Presiden, MePro International Sdn Bhd, Dr. Soo Kam Seong mengenai fungsi alat berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan penganjur dan 10 penerima dari PAWE semasa pelancaran Perkhidmatan Fisioterapi Terahertz Berteknologi Tinggi di Dewan Rumah Seri Kenangan, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Kampung Jejawi Utan Buluh, Jejawi dekat Kangar.

Raja Muda menzahirkan rasa sukacita atas sumbangan yang telah diberikan kepada penerima dari PAWE Jejawi.

Baginda berharap agar sumbangan ini akan digunakan dengan sebaiknya dan lebih banyak lagi bantuan dapat diberikan pada masa akan datang. – SM

BACA Pelajar perlu bijak urus tekanan di rumah, di sekolah – Raja Muda

BACA Raja Muda Perlis rasmi Surau Ulul Albab SMSTSP

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button