NasionalNegeri

Raja Muda berkenan terima mengadap Panglima Briged Ke 30 Infantri TDM baharu

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Panglima Briged Ke 30 Infantri Tentera Darat Malaysia (TDM) yang baharu iaitu Brigedier Jeneral Yazid Yusuf di Galeri DiRaja Arau.

Yazid melapor diri di Markas Briged Ke 30 Infantri, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer, Perlis pada 16 Januari baru-baru ini.

Bagi mengambil alih jawatan Panglima Briged tersebut bagi menggantikan Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu yang telah bertukar keluar ke Markas Tentera Darat, Jabatanarah Pasukan Udara Tentera Darat sebagai Ketua Pengarah.

Selepas majlis mengadap tersebut, Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah TDM memaklumkan bahawa Pasukan Simpanan tersebut telah merancang pelbagai aktiviti kolaborasi dengan agensi awam dan swasta sepanjang tahun ini bagi cuba meningkatkan lagi penyertaan dan penglibatan latihan oleh anggotanya.

Related Articles

Raja Muda bertitah, rejimen ini menfokuskan tahun ini sebagai Tahun Penjajaran Latihan dalam usaha bagi meningkatkan Infeks Prestasi Utams atau ‘Key Performance Indicators (KPI)’ rejimen.

“Setiap titik anjakan yang dicapai diharap mampu memberi impak maksima dalam memastikan setiap matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan jayanya,” titah Baginda. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button