Politik

Muqharabbin letak jawatan, kecewa dengan kepimpinan UMNO

Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin melepaskan jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Lembah Pantai serta merta.

UMNO kini sudah mati dengan demokrasi dan kepimpinan MKT kini adalah para pemimpin yang paling penakut dalam sejarah UMNO. Saya akan serahkan surat rasmi perletakan jawatan dalam minggu ini.

Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami, tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat-sahabat UMNO Malaysia yang bersama saya dalam perjuangan semenjak 2018 hingga kini. Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara.

Salam hormat.
Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

(Visited 882 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button