NasionalpilihanPolitik

Radzi Jidin jemput ‘orang sebelah sana’ hadiri Rapat Umum #EraBaharuPutrajaya

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin sengaja menyimpan ceramah kempen politiknya pada saat-saat akhir.

Kenyataan itu dikongsi Radzi menerusi Facebooknya apabila ramai pihak sebenarnya tertunggu-tunggu ceramah daripada Menteri Kanan Pendidikan itu.

“Bila Dr. nak buat ceramah politik ni? PN tak ada buat ceramah ke musim-musim berkempen ni? Itulah soalan yang sering saya dapat apabila turun berkempen.

“Nak dengar ceramah politik saya macam mana? Bukan tak nak buat tapi nak save the best for last,” ujar Radzi dalam salah satu coretannya.

Kongsi Radzi lagi, penantian orang ramai itu akan berakhir kerana Radzi dan beberapa kepimpinan PN akan bertemu para pengundi di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya.

Related Articles

“InsyaAllah esok (17 Nov 2022) bermula 8.30 malam, saya dan beberapa kepimpinan PN akan mengadakan ceramah Rapat Umum #EraBaharuPutrajaya.

“Kehadiran terbuka untuk semua. Tidak perlu daftar. Datang sahaja. Kalau ada yang “belah sana” berminat nak dengar ceramah kami pun boleh datang,” kongsinya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button