Nasional
Radzi Jidin Bawa Anak Bongsu Terima Vaksin, Respon Netizen Memang Tak Dijangka!
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin memuat naik satu status di Facebook rasmi miliknya mengenai detik beliau menemani anak bongsunya menerima vaksin di PPV IOI Mall.
Kongsinya, pengurusan PPV di situ amat cepat dan teratur selain penerima vaksin hanya mengambil masa kurang sejam bermula daripada beratur untuk mendaftar hingga selesai pemantauan.
“Tahniah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin!
“Untuk ibu bapa yang ada anak-anak berumur 5 hingga 11 tahun, ayuh daftarkan mereka untuk vaksinasi #PICKids!” tulis Radzi mengakhiri perkongsian.
Namun demikian perkongsian Radzi mengenai #PICKids menimbulkan sedikit kekeliruan ibu bapa mengenai status anak-anak mereka sekiranya enggan divaksin.
Apa pendapat pembaca mengenai perkara ini? Kongsikan bersama kami!