Nasional

8/10 Rakyat Malaysia Gagal Terjemahkan Maksud Kesopanan & Kesusilaan Rukun Negara!

Dalam rukun negara, terdapat lima perkara yang disebut dan sewajibnya tersemat dalam jiwa seorang rakyat Malaysia, yang lahir dan membesar di negara ini.

Namun melepasi tahun 2020, aspek kelima terkandung dalam rukun negara di bawah ini ibarat paling terabai bahkan tiada sesiapa pun berani perjuangkannya:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan – Kekal dan masih wujud namun fahaman liberal sedang membiak
  2. Kesetiaan kepada raja dan negara – Institusi beraja masih kekal namun golongan berfahaman anti monarki semakin bertembah ahlinya
  3. Keluhuran perlembagaan – Perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan masih dijunjung tetapi hanya minoriti rakyat Malaysia baca dan fahami
  4. Kedaulatan undang-undang – Negara masih ada sistem perundangan, hakim, mahkamah, PDRM tetapi ada juga kes terpencil yang dianggap boleh sabit kesalahan namun pesalah bebas
  5. Kesopanan dan kesusilaan – Ada menteri bercakap soal ini? Ada ahli politik berkempen soal ini? Ada silibus pendidikan nasional tekankan perkara ini?

Sudah tentulah apabila cuba melibat aspek kesopanan dan kesusilaan pada pandangan yang paling baik sekali pun, pemerintah sedia ada tidak akan sebarang perancangan mengenainya.

Sedangkan kesopanan dan kesusilaan adalah perkara asas yang perlu ada dalam diri dan jiwa rakyat Malaysia sebagai jati diri dan ia perlu dicakna, disemai serta dibentuk.

Dari mana pembentukan ini seharusnya bermula? Sudah tentulah di sekolah namun sistem pendidikan negara cuma menekankan soal dapat ‘A’, KBAT, TVET dan sebagainya.


Sehingga subjek penting seperti kesopanan dan kesusilaan langsung tak cukup slot untuk dimasukkan sebagai teras utama membina rakyat Malaysia super-gempak.

Padanlah generasi Malaysia hari ini lembik, tak berfikiran jauh, masuk belajar sampai ke IPTA atau IPTS sahaja pun, belajar cuma untuk lepaskan tahun akhir kemudian bergraduat.

Selepas tanya sekarang ini adakah bekerja berdasarkan ijazah yang diambil semasa di institut pengajian tinggi, 90 peratus jawapannya adalah tidak. Bukankah hal ini satu kegagalan yang ketara?

Mengapa terjadi begini? Pembuat dasar dan polisi atau calon ahli politik yang nak bertanding jadi ADUN atau ahli Parlimen pun ‘kosong’ tentang kesopanan dan kesusilaan.

Bagaimana mereka boleh ada visi dan misi nak membentuk rakyat bernegara bangsa yang akan dibanggakan? Tak pelik kalau generasi hari ini tak letak harapan pada golongan ‘dinasour’!

(Visited 167 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button