Belang Bertempat

PUTRA lancar SERUAN kempen BMF

PUTRA melancarkan SERUAN kempen beli barangan di kedai-kedai yang dikendalikan oleh peniaga Melayu. Seruan ini ditujukan bukan sahaja kepada semua ahli parti tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Mereka khususnya kaum Melayu digesa agar membelanjakan wang mereka di pasar, kedai-kedai milik usahawan Melayu dan membeli produk halal serta benar-benar bersih.

Ahli Dewan Tertinggi (PUTRA) merangkap Ketua Penyelaras BMF PUTRA, Mohamed Shahrin Ismail berkata, pendekatan ini wajar kerana melihatkan ekonomi Bumiputera ketika ini amatlah kritikal dan lemah berbanding kaum minoriti lain terutamanya mereka yang berbangsa Cina dan India yang semakin maju dan berjaya kehadapan.

“Apa yang ditekankan adalah orang Melayu wajib menunjukkan solidariti mereka kepada bangsa mereka sendiri dan memastikan ekonomi Bumiputera kukuh dan tidak dialirkan kepada perniagaan orang bukan Melayu yang mana itu juga adalah bagi memastikan ekonomi dikuasai oleh orang Melayu pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Katanya, wajib diingatkan kekuatan ekonomi menguasai kuasa politk.

Sehubungan itu, golongan minoriti mula menguasai politik kerana mereka menguasai ekonomi dan kekayaan negara, katanya dalam kenyataan yang sama.

PUTRA, katanya lagi, memberi mesej yang jelas kepada orang Melayu agar mereka melihat bagaimana kaum India sewaktu ketika dahulu ekonomi mereka kebelakang berbanding kaum yang lain.

“Setelah bekas Menteri JKR, pemimpin MIC Dato’ Seri Samy Velu melancarkan kempen khas (BIF) Buy India First pada awal tahun 1980an kepada kaum India  agar membelanjakan wang mereka walaupun 1 sen kepada usahawan ataupun produk mereka.

“Keputusan merubah nasib kaum India dengan melahirkan usahawan dan peniaga dari kaum India sendiri bagi meningkatkan sumber pendapatan serta memajukan bangsa mereka sendiri. 

“Akhirnya, hari ini, kita dapat lihat kempen khas yang dilaksanakan hampir 40 tahun itu memberi kejutan kepada negara dengan adanya ramai jutawan termasuk antara 10 ranking teratas jutawan di dalam negara adalah dari kaum India,” ujar beliau.

Tambah beliau, PUTRA juga menekankan kepada usahawan Bumiputera supaya mengeluarkan produk yang berkaitan keperluan orang Islam, baik dari segi makanan, pakaian dan keperluan agama Islam.

“Kita jangan benarkan keperluan bangsa kita dari kelahiran, perkahwinan sehingga pengurusan kematian disediakan oleh bangsa lain dan bergantung kepada usahawan bukan bumiputer.

“PUTRA tegas di dalam kempen (BMF) Buy Malay First, membeli dan guna barangan Melayu ini kerana dengan jumlah majoriti bangsa melayu di dalam negara 10-20 tahun akan datang orang melayu akan kuasai ekonomi negara,” katanya.

Mohamed Shahrin berkata, kita jangan beri peluang bangsa lain menggunakan logo atau tulisan Jawi untuk memanipulasikan jualan mereka.

“KPDNHEP dan JAKIM perlu cakna akan hal ini bagi memastikan barangan yang bersih dan halal digunakan oleh orang Islam.

“Jihad dan solidariti pada belian barangan bumiputera Islam perlu kuat jangan sekadar kampen, perlaksanaan dan kejayaan perlu ditonjolkan,” katanya.

Mohamed Shahrin juga berkata, bangsa Cina telah lama melancarkan kempen Buy Cina First (BCF) sejak dahulu lagi dengan slogan “kalau orang Cina tidak menolong orang cina, kita akan kehilangan kedudukan kita”.

“Melahirkan beribu usahawan dan produk mereka. Kesedaran bumiputera kepada hal sebegini perlu diutamakan, belilah di kedai Melayu elakkan perasaan hasad dan dengki demi kejayaan ekonomi bangsa sendiri,” ujarnya.

Kata Mohamed Shahrin, “Siapa kata orang Melayu tidak pandai berniaga? Sejak era 50-an, banyak syarikat Melayu berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti produk gula-gula jenama Hacks yang asalnya adalah syarikat Melayu yang menjadi ejen tunggal di Malaysia dan Singapura.

“Produk dari England dan telah berjaya membangunkan kilang untuk memastikan pasaran di Asia Tenggara dimonopoli.

“Juga minuman berjenama Sunquick dari syarikat orang Melayu yang sama pada masa itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa melibatkan eksport ke-80 negara seluruh dunia.

“Ini menandakan bahawa kita bangsa Melayu pernah bersatu, juga mempunyai keupayaan sekiranya kita betul-betul mengambil peluang terutamanya di dalam negara sendiri sekaligus mengenepikan dakwaan yang bangsa Melayu tidak boleh berjaya di tanah airnya.

“Kita juga telah ke hadapan di dalam bidang oil & gas, satu-satunya syarikat petroleum Petronas milik negara dan juga sektor automobil mengeluarkan produk kereta Proton yang telah gah di serata dunia juga adalah dari keinginan orang Melayu yang ingin ke hadapan mengenepikan dakwaan yang bangsa kita tidak boleh berdiri di kaki sendiri.

“Kesedaran (BMF) Buy Malay First, membeli di kedai orang Melayu memberi peluang kepada orang Melayu berjaya di negara mereka sendiri.

“Dengan terlaksananya kempen membeli (BMF) barangan atau produk usahawan bumiputera sekaligus memberi kejayaan kepada penguasan ekonomi bumiputera,” katanya.

Beliau berkata, Melayu mengemis di bumi sendiri dan cuba bayangkan 15 ke 20 tahun akan datang, apa akan jadi pada orang Melayu bila mana bumi yang dimiliki dirampas orang seperti Melayu singapura atau orang Palestin. – SM

BACA Putra bantah Perak larang kempen #BMF di masjid, surau

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button