Politik

Putra bantah TH jual aset dalam Abraj

PARTI Bumiputera Perkasa (Putra) mengemukakan bantahan terhadap penjualan aset Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi 50 peratus saham dalam syarikat Abraj Sdn. Bhd.

Penjualan tersebut disifatkan tidak wajar kerana jumlah yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah berbanding nilai aset dimiliki syarikat berkenaan.

Malah, perbuatan ini disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada para pendeposit dalam menguruskan harta dimiliki menerusi dana awam.

“Pergerakan Wira Putra, terkejut dan terperanjat apabila melihat salinan surat yang ditularkan dalam media sosial berkenaan kelulusan pelepasan saham oleh TH.

“Jumlah jualan hanya RM100,000 sahaja berbanding nilai aset sekitar RM300 juta selepas dinilai pada Disember 2016 sedangkan hutang yang perlu ditanggung hanyalah RM192 juta.

BACA  > ‘Terima kasih kerana Yahudikan saya’ — Suara Merdeka

“Alasan kononnya TH rugi sebab salah satu bangunan milik Abraj kosong dan tiada penyewa. Semua pihak tidak buta mengenai nilai bangunan yang sentiasa meningkat walaupun tiada penyewa.

“TH melabur sekitar RM45 juta sepanjang penubuhan Abraj dan hanya dapat pulangan RM100,000 sahaja. Turut menjadi tanda tanya, siapakah pembelinya dan kenapa tidak didedahkan?”

Demikian bantahan dikemukakan Putra yang diwakili Ketua Wira Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif kepada TH.

Beliau sebelum itu menyerahkan memorandum bantahan tersebut di Pejabat Pengerusi TH. Tan Sr Md. Nor Yusof.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mempersoalkan TH yang tidak membuat tender secara terbuka berdasarkan nilai semasa tiga bangunan milik Abraj itu.

Sebagai makluman, TH memiliki 50 peratus saham dalam Abraj iaitu sebanyak 40.23 juta unit.

Sementara selebihnya dipegang oleh Amanah Raya Berhad.

Justeru menurut Putra lagi, faktor kepada bantahan ini juga apabila Amanah Raya tidak bertindak menjual pegangannya kepada pihak lain.

BACA > Khairat kematian RM1,000 boleh dituntut penerima BSH — Suara Merdeka

Dalam pada itu, beliau menggesa pihak bekuasa termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjualan saham TH ini.

Katanya, beliau khuatir berlaku ketirisan dalam penjualan aset dikatakan milik orang Melayu Islam.

“Jelas ada ketirisan yang berlaku secara halis di mana ada pihak mengaut keuntungan atas nilai bangunan yang pasti tinggi nilainya,” ujarnya.

Dalam masa sama beliau juga menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memandang serius perkara ini dan tidak mengulangi kesilapan kerajaan Paktan Harapan (PH).

“Bimbang kerana kemungkinan berlaku ketirisan, jadi saya menggesa pihak polis dan SPRM khususnya meneliti dan menyiasat penjualan saham ini.

“Surat dikeluarkan bertarikh 28 Februari lalu itu adalah pada waktu kemuncak peralihan kerajaan PH kepada PN yang bermila apda 1 Mac.

“Hanya perbezaan tiga hingga empat hari kerajaan bertukar. Proses penjualan pasti mengambil masa yang panjang iaitu paling cepat tiga hingga empat bulan sebelum selesai penjualan sepenuhnya.

“Maka masih ada ruang untuk TH dan Menteri bertanggungjawab membatalkan segera penjualan 50 peratus saham dalam Abraj.

BACA > Lim Kit Siang demam viral, bukan Covid-19 — Suara Merdeka

“Kegagalan mengembalikan dan mengurus tadbir harta umat Islam dengan sebaiknya mencerminkan integriti kepimpinan TH keseluruhannya,” tegasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button