fbpx
Nasional

Irmohizam dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasific WTCA

PENGARAH Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasific (Persidangan dan Pameran) Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA).

WTCA merupakan sebuah persatuan perdagangan antarabangsa yang dianggotai oleh 322 pusat dagangan seluruh dunia. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama dilantik ke jawatan tersbeut.

Irmohizam berkata, beliau berbesar hati dengan pelantikan tersebut dan berharap dengan perlantikan itu dapat menyumbang idea baru dalam meningkatkan daya maju industri.

Pelantikan tersebut juga diharap dapat memacu perkembangan ekonomi negara pasca Covid-19 melalui kemasukan semula persidangan dan pameran antarabangsa ke Malaysia.

“Saya mengharapkan kerjasama padu dari seluruh anggota persatuan supaya dapat meneruskan keterbukaan serta bersikap inklusif dengan semua ahli untuk menyumbang ke arah tatakelola persatuan yang lebih baik dan ingin menjadikan Malaysia sebagai hub lokasi persidangan dan pameran dunia.” kata Irmohizam.


Jawatan Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik adalah selama satu tahun dengan kemungkinan pelantikan semula untuk menjalani penggal tambahan seterusnya.

Selain menjalankan inisiatif yang ditetapkan oleh WTCA, Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik juga akan bekerjasama dengan anggota majlis termasuk APEC, EU dan ASEAN untuk menentukan projek tambahan yang bersesuaian.

Terdapat 93 pusat dagangan dunia di Asia Pasifik berdaftar di bawah Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) antaranya ialah Pusat Dagangan Dunia Sydney, Pusat Dagangan Dunia Beijing, Pusat Dagangan Dunia Taipei, Pusat Dagangan Dunia Metro Manila dan Pusat Dagangan Dunia Tokyo.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button