Puluhan ikan paus terdampar mati di New Zealand
Para penyelamat berlumba-lumba untuk menyelamatkan puluhan paus pilot sirip panjang yang berada di seberang pantai New Zealand yang terkenal.
Menurut Jabatan Pemuliharaan (DOC), sekumpulan 49 paus pilot sirip panjang panjang dijumpai pada awal Isnin di Farewell Spit, kira-kira 90 kilometer (55 batu) utara bandar pelancongan Pulau Selatan, Nelson.
Menjelang tengah hari, sembilan daripada ikan paus telah mati dan lebih daripada 60 sukarelawan bertungkus lumus memastikan yang lain terus hidup sehingga air pasang, kata DOC.
“Ahli perubatan mamalia laut akan membantu untuk mengembalikan ikan paus dan merawatnya di pantai dengan menjaga suhu mereka supaya tetap sejuk dan basah sehingga mereka dapat kembali normal,” kata seorang jurucakap DOC.
Farewell Spit menjadi antara lokasi sekurang-kurangnya 10 paus terdampar sejak 15 tahun lalu.
Terbaru adalah pada Februari 2017 dimana hampir 700 paus pilot terdampar dan 250 daripadanya telahpun mati.
Para saintis masih belum dapat mengenalpasti punca kenapa pantai itu sangat berbahaya.
Namun terdapat satu teori mengatakan bahawa pesisir pantai yang sempit telah menyebabkan dasar laut cetek di teluk, sekali gus mengganggu sistem navigasi sonar ikan paus.