Rencah Hidup

Pulih selepas luka melecur kuah laksa, timbul pula masalah kayap

Bimbang dengan keadaan ibu berdepan dengan dua masalah kulit seperti kayap dan kulit melecur sejak beberapa bulan lalu, pelajar di sebuah politeknik ibu negara jadi tidak senang duduk.

Itulah yang dirasai anak bongsu enam beradik, Nur Farahana Arshat, 22, terhadap situasi tidak menyenangkan dialami ibunya, Zarina Zakaria yang kini berusia 57 tahun.

Sebagai anak, Nur Farahana yang berasal dari Kedah sampai tahap buntu memikirkan solusi yang boleh dicari demi menyenangkan hati ibunya.

Hinggalah dia tidak semena mena melihat iklan produk Saapuu keluaran Mawar Shazni Sdn Bhd di Facebook yang didakwanya penuh dengan mukjizat dan keajaiban dengan izin-Nya.

“Insiden tertumpah kuah laksa yang panas menggelegak di bahagian kakinya. Ini antara pengalaman memeritkan ibu saya kerana sampai tak senang duduk dan meraung

“Ketika insiden itu terjadi, ibu saya menjerit dan seperti tak tentu arah. Solusi pantas, saya ambil minyak masak dan disapu di bahagian yang terkena kuah laksa itu. Bagaimanapun sakit yang ditanggung beransur seketika.

“Lama kelamaan, bahagia melecur itu jadi seperti gelembung besar. Kalau terkena air masa mandi contohnya memang terasa pedih. Lama juga ibu menanggung kesakitan. Tapi sejak mencuba Saapuu, perubahan ketara mula kelihatan dalam tempoh masa 10 hari penggunaannya,” katanya.

Kata Nur Farahana lagi, selepas hilang sengsara kulit melecur, ibunya tiba tiba diserang kayap di bahagian perut pula.

“Namun sejak ada produk Saapuu, nampaknya masalah kayap pun hilang serta merta.

“Kayap itu bermula dengan rasa gatal dan kulit jadi kemerah merahan. Seterusnya wujud seperti gelembung di bahagian terkena kayap itu.

“Terbukti produk keluaran bumiputera ini sangat berbaloi dengan harga berpatutan.
Ia dibuat daripada bahan organik yang sememangnya terbukti untuk kebaikan kulit. Antaranya seperti minyak argan,madu, daun sirih, daun pegaga,curcumin, daun gelenggang dan aloe vera.

“Lebih utama, produk ini ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Jadi ia memang diakui selamat digunakan tanpa rasa was-was. Masalah kulit ibu saya tiada lagi. Saya sudah tidak risau lagi tentangnya,” katanya

Sementara itu, pengasas produk terbabit, Rosniwati Beharom, 45, mensasarkan untuk menjual lebih 40,000 set rangkaian Saapuu.

“Set rangkaian produk Saapu dihadirkan dalam dua jenis iaitu dalam bentuk gel sabun dan gel sapu. Harga untuk dua produk itu dalam lingkungan harga RM150. Kita juga jual secara berasingan untuk dengan harga istimewa.

“Ada yang anggap harga produk ini mahal di saat situasi pandemik Covid-19. Tapi jika mahu dibandingkan dengan kualiti dan manfaatnya, harga yang ditawarkan cukup berbaloi.

“Malah kita juga mahu terus berusaha melakukan penjenamaan untuk produk ini secara habis-habisan. Kalau diizinkan saya sendiri mahu digelar Ratu Saapuu.

“Kita juga ada strategi menawarkan hadiah termasuk wang tunai untuk stokis, agen, dropship dan pembeli,” katanya

Bagi yang ingin membeli atau mendapatkan maklumat tambahan mengenai produk Saapuu boleh layari www.online.saapuu.my. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button