NegeriRencah HidupTravel

Pulau Batu Layang di Perlis dikotori sampah 10 hingga 15 kilogram setiap bulan

Sampah-sarap telah dikutip antara 10 hingga 15 kilogram setiap bulan di Pulau Batu Layang yang terletak kira-kira 1.3 batu nautika dari pesisir pantai Kuala Perlis.

Sekaligus ini menunjukkan sikap pengunjung dan pemancing yang berkunjung ke pulau kecil berbatu ini yang pengotor dan tidak sayangkan alam sekitar.

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Ir Asnol Adzhan Abd Manap menerusi program Kutip Sampah dan Beriadah (KUDAH) setiap bulan anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan JPS pada setiap bulan dan terbaharu pada 1 Februari lalu.

Katanya, jumlah sampah yang dikutip itu antara tiga hingga lima beg plastik hitam pada setiap kali program.

Beliau berkata, biasanya jumlah kutipan sampah ini bergantung kepada kekerapan pengunjung dan pemancing ke kawasan itu.

Asnol Adzhan berkata, JPS akan meletakkan papan tanda berkaitan dengan arahan pengunjung tidak boleh membuang sampah merata-rata dan membawa balik bekas bungkusan makanan dan minuman.

Selain itu katanya, beberapa papan tanda keselamatan yang lain juga akan diletakkan di Pulau Batu Layang ini.

Tambahnya, pihaknya tidak bercadang untuk menyediakan tong sampah memandangkan ia hanya sebuah pulau yang kecil.

“Rakyat perlu dididik supaya menjaga kebersihan dengan cara ini,” katanya.

Beliau berkata, ia juga untuk mengelakkan kehadiran binatang yg lain seperti biawak dan sebagainya jika diletakkan tong sampah di pulau tersebut.

Katanya, setakat ini hanya tiga aktiviti sahaja yang dibenarkan iaitu memancing, bergambar dan beristirehat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button