Pulangan Menarik Hektar REIT kepada Pemegang Saham Diiktiraf di Centurion Club Awards 2024
Kuala Lumpur, 23 July 2024 – Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (“Hektar Asset Management”), pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (“Hektar REIT”), telah dianugerahkan Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham Selama Tiga Tahun di bawah Amanah Pelaburan Hartanah ( “REIT”) di Anugerah Kelab The Edge Malaysia Centurion 2024.
Ini menandakan kali kedua Hektar REIT diberi penghormatan oleh Kelab The Edge Malaysia Centurion, mengesahkan komitmen syarikat untuk menyampaikan nilai yang besar kepada pemegang kepentingannya.
Hektar REIT sebelum ini memperoleh Anugerah “Pulangan Tertinggi Ekuiti Sepanjang Tiga Tahun” di Anugerah The Edge Malaysia Centurion Club 2019.
Tahun ini, prestasi Hektar REIT sekali lagi diiktiraf kerana keupayaannya yang luar biasa untuk memberikan pulangan tinggi secara konsisten kepada para pemegang saham sejak tiga tahun lalu.
Pengurus Hektar Asset Management berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima pengiktirafan sekali lagi di Anugerah Kelab The Edge Malaysia Centurion.
“Anugerah ini merupakan peristiwa penting yang mencerminkan kerja keras pasukan kami dan komitmen kami untuk menyampaikan hasil dividen melebihi purata kepada pemegang unit kami,” katanya di sini hari ini.
Bagi memastikan pertumbuhan mampan dan penciptaan nilai untuk pemegang kepentingan Hektar REIT kekal fokus pada meningkatkan portfolio aset dan memberikan pulangan yang menarik.
“Pengiktirafan ini adalah bukti inisiatif strategik kami dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pihak berkepentingan kam,” ujar Pengurus Hektar REIT.
Melangkah ke hadapan, Hektar REIT menumpukan pada melaksanakan inisiatif peningkatan aset (AEI) untuk menambah baik aset semasanya, khususnya Subang Parade, yang merangkumi penempatan semula dan mengalu-alukan penyewa baharu.
Selain itu, AEI yang lebih kecil dirancang untuk aset lain mengekstrak dan memaksimumkan nilainya, meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan.