PU Syed tidak gentar disaman oleh Baby Shima
Pencetus Ummah (PU) Syed mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak terkesan dengan tuntutan saman yang difailkan oleh penyanyi dangdut Baby Shima berhubung kenyataan ya yang didakwa berunsur fitnah.
Menurut PU Syed dia tetap dengan pendiriannya menegakkan kebenaran serta menegur perkara yang salah di sisi agama dan menganggap ianya merupakan satu ujian buat dirinya dalam mencegah kemungkaran.
“InsyaAllah, hak beliau untuk menyaman. Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran,”.
“Adakah ia satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.
“Para anbiya dan salafuna soleh…ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak. Kita di akhir zaman ini, secebis daripada itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka,” katanya.
Terdahulu, PU Syed didakwa memfitnah Shima dengan menuduhnya tidak tahu tentang halal dan haram berhubung penganjuran sebuah konsert baru-baru ini serta berkata dia boleh terjerumus dalam golongan Ruwaibidhah.
Oleh itu Baby Shima bertindak untuk memfailkan saman terhadap dua individu iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahamn Mat Noor.
Tuntutan saman itu dipercayai dibuat selepas Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.
Manakala Abd. Rahman pula pernah mendakwa penyanyi terbabit menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.
Perkara tersebut tercebut apabila nama penyanyi dangdut itu sebagai artis undangan untuk program Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang yang kebetulan berlangsung pada sambutan Israk dan Mikraj.
Writ saman dan tuntutan itu dikemukakan oleh Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli menerusi peguam Muhammad Noor Azfar Noor Azmi di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
Artikle Berkaitan ;>