Ekonomi

PS Food & Beverage sasar RM50 juta sasaran tahun ini

Selepas tujuh tahun membina jenama dan pengaruh, Syarikat PS Food & Beverage Sdn Bhd kini melangkah setapak lagi dengan menyertai industri Biopharmarcy atau Nutraceutical menerusi penghasilan produk siri endemik, BioWonders.

Produk dihadirkan dengan dua jenis pilihan, Mighty Immunity dan Inflamma-Care itu turut menyaksikan syarikat berkenaan bekerjasama dengan pakar dan saintis dalam bidang Nutrigenomics, Dr Redza Rahman.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu yang juga pengasas kepada produk minuman Origina, Fatin Diana Mohd Zain berkata, perancangan dua produk itu seiring situasi semasa dunia dan negara ‘bertempur’ dengan wabak pandemik COVID-19 dengan pelbagai varian.

“Perancangan menghasilkan dua produk ini sejak setahun lalu.  Kami tergerak menghasilkan produk ini lebih -lebih lagi dengan penularan wabak itu dan menjadi ikhtiar untuk membantu mereka yang pernah terkena. Untuk permulaan kita keluarkan 100,000 unit di pasaran. Kami mahu menjadi asbab kebaikan kepada orang lain.

“Hampir 3.5 Juta rakyat Malaysia sudah berada di pasca COVID-19 dan ini bermakna purata satu dalam setiap 11 orang di kalangan kita pernah terkena wabak itu,” katanya.

Hingga kini ramai  di kalangan  ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan bahkan pekerja syarikat mereka sendiri merupakan bekas pesakit COVID-19.

Selepas Origina, Fatin Diana Mohd Zain melancarkan produk minuman siri endemik BioWonders

“Mereka ada yang masih mengalami simptom  seperti kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk dan kebimbangan melebihi tempoh empt ke 12 minggu.

“Ia semua disebabkan antibodi atau ketahanan badan yang lemah serta inflamasi yang tinggi dalam badan akibat jangkitan wabak itu. Ancaman komplikasi jangka panjang akibat COVID-19 yang dikenali sebagai ‘Long COVID’ juga membimbangkan apabila semakin ramai jumlah pesakit wabak itu yang sudah sembuh, terpaksa dirujuk kembali ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU).

“Lalu diharap kehadiran produk baharu ini dilihat sebagai ikhtiar atau alternatif untuk kita terus mendapatkan perlindungan.

Produk ini juga menjadi penanda aras untuk kami tidak statik dan terus berada di zon selesa,” katanya.

Kata Fatin Diana lagi, syarikat milik keluarganya itu juga menjadi perintis di Malaysia kepada produk minuman di dalam pouches atau pek kantung.

“Sehingga kini kami sudah ada 11 rangkaian produk. Ia termasuklah jenama Origina dan BioWonders. Malah dalam tempoh kurang setahun, hampir 4 juta ‘pouches’ dihasilkan untuk jualan.

“Tahun ini, kami mensasarkan lebih RM50 juta sasaran jualan dalam tempoh setahun. Sebelum ini 40 peratus daripada keuntungan datang daripada hasil jualan rangkaian produk Origina.

“Malah kami sebelum ini juga menghasilkan Origina Vitamin C 1000mg berasaskan jus asli. Minuman itu berjaya membantu lebih 2 juta orang di Malaysia dalam tempoh kurang setahun untuk meningkatkan imunisasi badan. Minuman itu juga diedarkan di lebih 20,000 outlets seluruh Malaysia menjadi jenama minuman yang dipercayai jutaan pengguna di Malaysia dan juga beberapa negara di Asia Tenggara,” katanya.

Buat permulaan dan harga pengenalan produk minuman BioWonders dijual secara sachet dengan harga istimewa.

“Ada 15 sachet x 15gram dalam setiap kotak atau perisa. Ia dijual dengan harga RM80. Harga asal RM100. Kami juga jual dalam edisi pek kombo dua jenis minuman iaitu ‘Mighty Immunity’ dan ‘Inflamma-Care’ itu pada harga RM160 (harga asal RM200.

Mighty Immunity dan Inflamma-Care dari BioWonders

‘Mighty Immunity’ lebih fokus kepada membantu untuk meningkatkan kekebalan tubuh kita. ‘Inflamma-Care’ untuk memulihkan atau mengurangkan keradangan akibat jangkitan wabak tersebut. Setiap produk ini mengandungi gabungan tujuh bahan bioaktif yang asli jika mengikut harga di pasaran vitamin ini boleh mencecah RM 1,000 lebih.

“Namun, BioWonders ingin memastikan ramai orang boleh mendapat manfaat dan mampu untuk mengubah tahap kesihatan mereka,” katanya.

Jenama yang beribu pejabat dan memiliki kilang utamanya di Klang, Selangor itu juga terus membantu berkongsi rezeki melalui pembangunan sistem agen.

“Daripada situ kami rekrut ‘dropship’ dan stokis untuk sama sama menjana pendapatan. Tekan pautan BioWonders untuk lebih lanjut,” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button