Politik

PRU-15 tahun depan – Anwar

KANGAR – Kerajaan yang bertanggungjawab akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira semua faktor yang tidak membebankan rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU mungkin diadakan tahun depan kerana tidak sesuai diadakan pada musim tengkujuh.

“Mana-mana kerajaan bertanggungjawab akan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai serta tidak membebankan rakyat.

“Sebab itu kita prihatin permasalahan banjir, saya kira kalau keadaan itu lebih terkawal itu keputusan Perdana Menteri dan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong. Jadi (jangka) mungkin tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Kangar pada malam Sabtu, lapor Sinar.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas masa paling sesuai untuk mengadakan PRU15 selepas beberapa pemimpin terutama daripada UMNO menggesa kerajaan mengadakannya dengan kadar segera.

Pada 22 September lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan adakah parti lawan benar-benar tidak mahu PRU15 diadakan kerana bimbangkan banjir.

Beliau mendakwa, parti lawan sengaja menggunakan alasan tersebut sebagai muslihat untuk mengelak daripada perlu berdepan dengan penentuan rakyat.

Menurut beliau, majoriti rakyat hakikatnya sudah mengerti tentang agenda politik mereka yang songsang dan merosakkan serta tidak selari dengan nilai negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button