Kemalangan

Remaja maut dilanggar kereta di Lebuh Raya Plus

Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 202.9 di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke Utara lewat malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu remaja yang maut dikenali sebagai Muhammad Nasrul Adnan, 18, dari Kampung Kemensah Ulu Klang, Ampang, Selangor maut di tempat kejadian akibat
kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, pemandu kereta Perodua Bezza dikenali sebagai Abdul Rahman Mansor, 29, dari Lubok Cina, Melaka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku sewaktu mangsa berkonvoi motosikal dengan 12 rakannya menghala dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Sewaktu tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah melanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero di lorong kiri.

“Mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum sebuah kereta jenis Perodua Bezza dari arah belakang di lorong yang sama terus melanggar mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata, mangsa yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah di bawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Sehubungan itu beliau meminta pemandu Pajero untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan kemalangan tersebut.

“Saya juga minta rakan-rakan mangsa yang berkonvoi dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur turut tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987. – SM

(Visited 602 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button