Luar Negara

Protes bantah catatan hina Nabi Muhammad bertukar ganas

110 individu ditahan

DEMONSTRASI jalanan yang dicetuskan oleh ribuan orang di beberapa kawasan di Bengaluru, selatan India semalam kerana membantah catatan menghina Nabi Muhammad bertukar menjadi protes ganas.

Menurut laporan media tempatan, catatan yang menghina Rasullullah SAW itu dimuat naik oleh saudara seorang ahli politik di media sosial.

Menurut saluran berita wilayah, dua orang maut dan tiga lagi cedera selepas polis bertindak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Menurut laporan Reuters pula yang dipetik oleh FMT, bagaimanapun tidak dapat disahkan jumlah kematian atau kecederaan.

Menurut ciapan polis Bengaluru di Twitter, “Situasi terkawal,” sambil menambah, mereka melepaskan tembakan peluru hidup bagi menyuraikan penunjuk perasaan selepas menggunakan gas pemedih mata dan baton.

Stesyen televisyen turut menayangkan visual sekumpulan individu yang berhimpun di luar balai polis bertempur dengan anggota keselamatan dan bertindak membakar beberapa kenderaan polis.

Rakaman video pula menunjukkan kumpulan itu kemudiannya cuba memasuki balai polis manakala kumpulan lain berhimpun di luar rumah ahli politik terbabit sambil melaungkan slogan, melontar batu dan membakar kenderaan di sepanjang jalan.

Menurut laporan, penunjuk perasaan turut menghalang jentera bomba dan beberapa pengamal media didakwa diserang oleh penunjuk perasaan.

“Tertuduh, Naveen ditangkap kerana memuat naik catatan berunsur penghinaan,” kata Pesuruhjaya Polis, Kamal Pant menerusi Twitter.

Katanya, setakat ini, sebanyak 110 orang telah ditahan kerana membakar kenderaan, melontar batu dan menyerang polis.

Katanya lagi, beberapa pegawai polis cedera dalam insiden keganasan tersebut.

Sehubungan itu, perintah berkurung dilaksanakan di kawasan sekitar bagi mengawal pergerakan penduduk, katanya.

“Kami sedang menyiasat isu ini dan akan menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat siapakah dalang di sebalik tindakan ganas ini dan akan mengambil tindakan ketat,” kata Menteri Dalam Negeri Karnataka, Basavraj Bommai kepada sebuah stesyen berita tempatan.

Sementara itu, seorang menteri, R Ashoka berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan serangan yang dilakukan terhadap polis dan media.

“Orang jenis apakah yang menyerang polis dan media? Polis tempatan diberi kebebasan untuk menangani keadaan itu,” ujar beliau. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button