Projek NIISe: Rakyat mengharapkan satu keputusan tepat untuk keselamatan negara
PEMILIHAN syarikat untuk projek NIISe yang melibatkan isu keselamatan nasional yang sensitif perlu selesaikan secara efisien dan beramanah, lebih-lebih lagi apabila kerajaan Malaysia sedang menghadapi cabaran besar dalam memastikan keselamatan negara dan integriti data warga negara.
Meningkatkan keselamatan siber integriti data perlu dijadikan keutamaan. Keselamatan negara tidak boleh dikompromi, dan oleh itu, pemilihan kontraktor yang tepat harus didasarkan pada lebih daripada sekadar kemampuan teknikal.
Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Kerajaan meletakkan keutamaan terhadap keselamatan siber selari dengan pertumbuhan pesat sektor digital negara. Perdana Menteri juga tegas dalam isu pertahanan keselamatan negara. Oleh yang demikian dari awal di semua peringkat termasuk perolehan perlu dibuat secara teratur.
Integriti dalam menjalankan tugas, rekod prestasi yang terbukti, dan keupayaan untuk beradaptasi dengan keperluan tempatan adalah elemen-elemen kritikal yang harus diambil kira.
Kegagalan projek ini akan mengakibatkan pembaziran masa, tenaga, dan kos. Kerajaan mungkin terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan masalah, sekali gus membabitkan perbelanjaan dana awam yang besar.
Untuk makluman, Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) adalah usaha untuk mengintegrasikan dan memodenkan sistem pengurusan imigresen di Malaysia. Ia merupakan inisiatif penting yang bertujuanmemperkukuhkan sistem pengurusan sempadan dan imigresen di bawah pelbagai agensi Kementerian Dalam Negeri.
Projek ini bukan sahaja melibatkan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), dan Big Data Analytic (BDA), tetapi juga memerlukan penyelesaian yang holistik dan bersepadu bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan keimigresenan yang tinggi.
Tiga syarikat besar yang telah disenarai pendek untuk mengendali projek ini ialah Theta Edge Bhd (Theta Edge), HeiTech Padu Bhd (HeiTech), dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX).
Theta Edge sedang melaksanakan dua projek utama untuk kerajaan. Ini menimbulkan persoalan mengenai kemampuan syarikat tersebut untuk mengendalikan satu lagi projek besar, terutama yang melibatkan keselamatan negara. Kepakaran dan fokus penuh adalah penting untuk memastikan kejayaan projek.
Dagang NeXchange Bhd (DNeX) pula menawarkan satu sistem yang sedang diguna pakai di negara-negara lain, namun, perlu membuktikan bahawa sistem yang digunakan oleh negara lain yang mereka cadangkan sesuai dengan keadaan tempatan.
HeiTech merupakan pembekal yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk sistem MyIMMS sekarang. Ini secara tidak langsung memberikan pengalaman kepada syarikat ini dalam mengendalikan sistem imigresen yang tinggi sistem keselamatannya. Persolannya adakah mereka mampu meneruskan momentum dalam melaksanakan projek misi kritikal seumpama ini.
Keputusan dalam pemilihan kontraktor untuk projek NIISe seharusnya melalui satu proses integriti berdasarkan pertimbangan yang matang dan mengambil kira pelbagai aspek dari agar tidak menganggu gugat keselamatan dan keamanan negara. Pemilihan harus dapat menjamin keselamatan dan kepentingan negara, bukan hanya dari sudut pandang teknikal tetapi juga dari segi integriti dan kepercayaan.
Dalam era Malaysia madani yang terbuka dan adil, memastikan pemilihan yang bijak dan telus dalam projek kritikal seperti ini adalah penting untuk masa depan negara.
Artikle Berkaitan :>