Nasional

Program Jualan Keluarga Malaysia kurangkan kos sara hidup penduduk Tebrau

TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid hari ini berkesemptan mengadakan walkabout di tapak Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Lotus’s Tebrau Johor Bahru.

Sehingga 4 Jun 2022, jumlah jualan PJKM di peringkat Negeri Johor ini telah mencecah RM7.1 juta dengan pengunjung seramai 286,000 isi rumah.

Ia telah dilaksanakan di  273 lokasi meliputi semua kawasan parlimen di Johor termasuk parlimen pembangkang.

PJKM telah terbukti dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Ini diakui sendiri oleh Keluarga Malaysia yang mengunjungi PJKM berdasarkan temubual di lokasi-lokasi program.

Sham dari Plentong ketika ditemui mengakui, harga yang lebih murah ditawarkan semasa dan sentiasa menunggu serta menghadiri PJKM di sekitar Johor Bahru walaupun terpaksa memandu sehingga 50km.

Pengurus Lotus’s Tebrau, Norazah Mohd Said  pula menyatakan pelanggan memang menyambut baik PJKM sambutan sangat menggalakkan dengan Jualan meningkat, pengunjung bertambah serta sangat mengalu-alukan PJKM terus dilaksanakan. Tambah beliau, Lotus’s sentiasa bersedia Untuk menyokong inisiatif Kerajaan dan bersedia menjadi hos kepada PJKM di masa hadapan.

PJKM ini juga menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dijual dengan harga istimewa sehingga 20% lebih murah berbanding harga pasaran setempat.

Antara barangan yang menjadi tumpuan pengunjung adalah ayam segar, telur ayam, minyak masak, gula, tepung dan sayur-sayuran.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Roziah Abudin, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam dan Pengarah KPDNHEP Negeri Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button