Politik

PRN: Menteri Besar Selangor jangan kelirukan pengundi

MUDA mendedahkan setakat ini tiada rundingan dibuat bersama Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama, jumlah kerusi dan kawasan akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Penerangan MUDA Kedah, Luqman Long

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Luqman Long berkata, kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bahawa Muda akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN akan datang adalah tidak benar.

“Kenyataan ini adalah salah, tidak benar dan merupakan persepsi peribadi Menteri Besar Selangor itu.

“Sehingga hari ini, tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Luqman berkata, kenyataan Amirudin bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan tidak menghormati Muda.

“Sebarang hal berkenaan urusan PRN Muda hanya akan diumumkan oleh Muda, bukan PH,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button