Politik

PRN Johor: DAP restu MUDA, Amanah tanding 6 kerusi

SELEPAS DAP memberi restu kepada MUDA, parti itu akan bertanding di enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, merka berkata, pembahagian kerusi itu bagi memastikan tidak ada pertindihan antara calon dari tiga parti berkenaan di setiap kawasan di Johor.

Enam kerusi akan ditandingi MUDA ialah Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Ketiga-tiga parti itu membuat keputusan tersebut selepas mengadakan rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor.

Berikut kedudukan kerusi DUN berkenaan pilihan raya umum ke-14 (PRU14):

Tenang – Solihan Badri dari Bersatu menang majoriti 1,070 undi

Bukit Kepong – Dr Sahruddin Jamal Bersatu menang majoriti 1,273 undi

Parit Raja – Ferdaus Kayau dari Bersatu kalah dengan majoriti 638 undi

Machap – Ahmad Ahem dari Bersatu kalah dengan majoriti 404 undi

Puteri Wangsa – Mazlan Bujang dari Bersatu menang dengan majoriti 24,959 undi

Bukit Permai – Tosrin Jarvanthi Bersatu menang dengan majoriti 2,531 undi

Amanah DAP dan MUDA juga akan menumpukan usaha dan tenaga untuk memenangkan setiap calon serta bersama-sama menubuhkan kerajaan Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka.

“Ini bermakna bagi menghadapi PRN Johor, Amanah, DAP Dan MUDA bakal bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya walaupun MUDA tidak menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Ini serasi dengan prinsip “khemah besar” untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia melawan kerajaan Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN),” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button