NasionalPolitikPRK

PRN 2023: Mengundi sudah, keputusannya malam ini

SELESAI sudah menjalankan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hari ini.

Semua pusat undi telahpun ditutup sejak pukul 6 petang iaitu dalam 45 minit yang lalu dan proses mengira undi sudah pun bermula.

Ramai yang mengatakan pada sebelah tengah hari tadi, tidak ramai yang hadir di pusat-pusat mengundi di Selangor.

Namun walau peratusan keluar mengundi tidak seperti mana yang dijangkakan, mereka yang telah melaksanakan tanggung jawab mengundi pasti berlapang dada dan malam sudah boleh tidur lena.

Bagi kebanyakan pengundi yang berusia 50 tahun ke atas, mengundi pada PRN 2023 adalah bagi masa depan anak-anak, cucu dan cicit atau generasi yang akan mewarisi negara tercinta ini kelak.

Mengundi bukan sebab atau atas faktor berpolitik dan terpengaruh dengan parti-parti politik yang ada di Malaysia.

Fikir sebelum mencelup jari telunjuk kiri ke dalam  botol ink, pangkah di kertas undi calon yang dirasakan bukan sahaja bijak dalam mentadbir urus tetapi meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Sama-sama kita tunggu keputusan PRN 2023 malam ini.

Kesemua 3,190 pust mengundi di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah ditutup sejak dibuka jam 8 pagi tadi.

Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian sebenarnya mula ditutup secara berperingkat-peringkat seawall jam 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada jam 6 petang.

Sebaik sahaja usai pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 186 pusat penjumlahan rasmi undi dan keputusan rasminya akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.

Mengikut data perkiraan sebanyak 9,674,456 pengundi biasa daripada 9,773,571 pemilih berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mreka hari ini yang menyaksikan total calon yang bertanding ialah sebanyak 570 bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Selangor mempunyak 56 kerusi iaitu yang terbanyak manakala Pulau Pinang pula ada 40 kerusi DUN.

Negeri Sembilan, 36, Kedah juga 36 kerusi DUN, Kelantan, 45 dan Terengganu, 32.

Bagi PRK Kuala Terengganu pula ada 122,160 pengundi biasa daripada 123,575 pemilih berdaftar yang layak mengundi.

PRK Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan satu lawan satu dan untuk rekod, PRK Kuala Terengganu diadakan ekoran keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu yang membatalkan kemenangan calon parti PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas mahkamah mendapati ada berlaku perbuatan rasuah. – SM

BACA Kalau Juwairiya kalahkan Azmin Ali di DUN Hulu Kelang, boleh akses terus PMO

BACA Azmin Ali bukan orang asing di DUN Hulu Kelang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button